Tuesday, July 15, 2014

Iftar at Q Thai Steamboat

Hai la blog. Lama betol tinggalkan kau. Maaf la. Banyak masalah datang. Tak terhadap, sampai tade mood nak update blog. Ni kuatkan semangat sikit la update.

Ha, last week aku pegi fest apa ntah kat Stadium Melawati tu. Glam Raya kot. Ntah aku pon lupa. Si Fara n Lulu la yang beria-ia ajak pegi. Aku ikutkan je. So dah alang-alang dekat Shah Alam tu, kitorang pon plan nak berbuke kat Shah Alam je la. Si Fara sebok nak makan buffet. Berpusing 1 Shah Alam mencari tempat ada buffet. Abes-abes pon mesti kat hotel je. Da ah mahal, pastu makanan belum jamin sedap lagi.

Tiba-tiba aku teringat ade satu kedai steamboat ala-ala Seoul Garden kat area Laman Seri. Aku tak penah pon makan kat situ sebelum ni. Pernah ternampak je. So aku pun ajak la budak-budak ni try kat situ.

Pukul 7 da paling semangat amek makanan. Da la sampai awal gila. Memang lapar teruk punya style la. Nafsu lapar kan, semua pon nak amek. Kau tengok la, siap beli donut Big Apple kotak besar lagi. End up, satu pon tak makan senanye. Tamak. Teruk pangai.

 Hantu steamboat.



 Dah masuk waktu. Jemput makan, semua. Bismillah...

Kat sini memang sumpah best. Environment best, makanan best. Semua best. Pilihan makanan banyak. Pastu murah. 1 kepala RM 30 je. Bebaik makan kat sini dari makan kat Seoul Garden. Mende same je. Lagi murah lagi ade la. Korang makan la sampai tak larat. Kitorang pon ni, memang sampai tak larat makan ha. Sampai tak larat nak bangun. Kemain lama lepak dulu kat situ nak menunggu makanan hadam sikit.

And disebabkan best sangat makan kat sini, berbuka semalam, aku ajak incek BF datang sini. Incek BF pon kata best kat sini. Murah.

Aku kalo dah makan, memang tak ingat dah nak amek gambo ke ape. Korang boleh tengok dekat Q Thai Steamboat punya Facebook sendiri. Konfem meleleh air liur kalo tengok siang-siang time bulan puasa ni.



Q Thai Steamboat branch :
(1) Restoran Q Thai Village
G13A & G15, Dagang Avenue
Jalan Dagang B/3A,
Taman Dagang,
68000 Ampang

(2) Restoran Q Thai Water Front
Lot 1&2, Jalan AWF 3A,
Ampang Water Front,
68000 Ampang

(3) Restoran Sri Q Thai
Lot 30632, Jalan Tun Perak 5,
Taman Tun Perak,
43200 Cheras

(4) Restoran Q Thai
Lot X, The Street Mall,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

(5) Restoran Q Thai Avenue
A26, First Floor, 9 Avenue,
Taman Korporat,
Putra Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan

(6) Restoran Q Thai
Unit G46, Block 6, Laman Seri Business Park,
No. 7, Persiaran Sukan, Section 13,
40100 Shah Alam

(7) Restoran Q Thai The Weld
L1-02A & L1-02B,
Level 1 The Weld,
No.76, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur

Business hours :
5 pm - 1 am everyday










____________________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!

Item : Short Sleeve Tie Dye Top
Size : Free size
Price : RM 20 *exclude postage*

Whatsapp/sms 0126449152 to order.



Sunday, May 18, 2014

Food Review : Bad Boy Cooks

Ha, dah nak dekat sebulan aku tak post entry pape. Padahal bukan takde cerita, bukan bz. Malas sebenarnya. Haha. Life aku biasa je. Tade yang menarik sangat nak dikongsikan kat sini. Instagram pon aku dah jarang upload. So, benarkan aku cerita pasal makanan je kat sini, ok?

Sebenarnya dah lama incek BF ajak makan kat satu restoran ni. Tapi aku asek buat tatawu je. Asek ajak dia pegi tempat lain je. Dah tu, lama-lama bila dah jamm tatawu nak makan kat mana da, aku agree je la dengan tempat pilihan dia tu. Kat sini la kawasan dia. Tak sangka cantik cani.

Ini lah restoran nya.

Interior dia, maybe dia nak buat macam burger shop tahun 80's. Lebih kurang macam Johnny Rocket jugak la kot. Cuma aku rasa messy sikit sebab meja dia tak tersusun and banyak sangat.

Plus banyak gamba love cupid kat dalam kedai tu. Tengok logo kedai dia pon dah nampak dia memang guna tema cupid ni.

So, moh tengok menu dia. Banyak macam sedap-sedap, plus murah. Tapi, jangan rambang mata, ok.

Aku order coffee. Apa ntah. Lupa. Sedapp! Incek BF order ais kosong je.

Incek BF punya. Burger ape ntah. Tak ingat da. Sedap.

Aku punya. Fish n chip. Yang unik nya, dia ada choice of gravy. Aku pilih yang apa ntah nama dia ni. Yang kat hujung kanan pinggan tu. Warna putih tu. Sedapp!

Pastu kitorang order cookies and ice cream untuk dessert. Ni biasa je aku rasa. Macam makan biskut dengan ice cream. And aku tak jumpa lagi biskut yang boleh challenge biskut Subway.

Conclusion, makanan kat sini best, murah, banyak choice, view lawa. So, sangat-sangat disarankan untuk datang makan kat sini. Incek BF, bila nak pegi lagi ni? *winkwink*



Bad Boy Cooks
(1) Lot R-07, Central Plaza, No. 2,
Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square,
Oasis Damansara,
47301 Petaling Jaya

Business hours :
11 am - 11 pm daily


(2) B10-G, Block B, Setiawalk,
Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong,
47160 Puchong,
Selangor

Business hours :
12 pm - 11 pm daily










________________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Tie Dye Top
Size : Free size
Price : RM 25

Whatsapp/sms 0126449152 to order.



Wednesday, April 23, 2014

Food Review : Pasta Zanmai

 
Aritu tetiba ter-pergi Mid Valley dengan Incek BF. Lama gilaaaaa kot aku tak jejak kaki kat Mid. Aku tak suka pon pegi Mid. Sesak. Dah ter-pergi tu, jalan punya jalan, cari la makan kesudahannya. So, kitorang stop la kat sini. Padahal boleh dikatakan majoriti shopping mall kat KL/Selangor ni ada Pasta Zanmai ni. Tapi tak penah nak try. Tetiba plak kali ni nak try.

Menu dia bukan la semata-mata pasta je. Ade jugak pon makanan Jepun yang lain-lain. Tapi, basically, pasta kat sini bukan la pasta bolognese or carbonara yang korang selalu makan tu. Pasta kat sini dimasak dengan menu Jepun la.

Aku terpedaya dengan nama Fruit Ice Tea dalam menu tu. Aku bajet macam teh ais yang ada perisa-perisa buah-buah macam air Season tu. Rupanya air teh letak pelbagai buah. Cehh! Tak berbaloi langsung order air ni. Jug kemain halus. Air nya ciput je.

Incek BF order ni. Apa nama ntah. Tapi base dia nasik lembik, tapi bukan pulut tau, and bukan jugak nasik biasa. Dengan steak daging tapi masak style Jepun. Sedappp! Ha, telan air liur aku menaip ni. Daging dia lembuttt and nasik tu pon sedappp!

Aku order Lobster Spicy Spageti. Nampak tak aku memang tak lari dari pasta. La, lagipun kan memang makan kat kedai pasta ni. Sure la pasta specialty dia kat sini. So, haruslah try. Yang ni, sedap la. Ok la. Spageti dia tu style aglio olio je. Tapi sedap. Tade la spageti goreng bodoh-bodoh macam a few cafe buat tu.

Kesimpulannya, aku rasa makanan kat sini sedap-sedap. Tapi untuk sape yang jenis sekali makan tu, portion nya banyak, aku tak suggest la makan kat sini. Sebab portion dia kecik plus a bit mahal.



Pasta Zanmai
(1) G210B, Ground Floor Promenade,
1 Utama Shopping Centre,
No 1, Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor

(2)LOt F-051, First Floor,
Mid Valley Megamall,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

(3) Lot G-27, Ground Floor
1 Mont Kiara,
1 Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur

(4) Lot F1. 73, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor

(5) Lot LG 33, Lower Ground Floor,
Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor

(6) Lot G-40, Ground Floor,
Tropicana City Mall,
No. 3, Jalan SS20/27,
47400 Petaling Jaya,
Selangor

(7) CF-36, Concourse Floor,
Paradigm Mall,
No. 1, Jalan SS7/26A,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya,
Selangor

(8) 163D-6-38, Level 6,
Gurney Paragon Mall,
Persiaran Gurney,
10250 Pulau Pinang

(9) Main Place
Lot No. 20, Second Floor,
Jalan USJ 21/10,
Persiaran Kewajipan,
47630 Subang Jaya,
Selangor

Business hours :
10 am - 10 pm daily










_________________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Checkered Crop Blouse
Size : Free size
Price : RM 25

Whatsapp/sms 0126449152 to order.



Monday, April 21, 2014

Food Review : The Sumbs

Aritu, asek nampak orang sana sini post gamba kat Instagram makan dekat satu cafe nama The Sumbs kat Shah Alam. Aku 6 tahun duduk Shah Alam tak penah tawu pon tempat ni. Rupa-rupanya ni cafe baru. No wonder la. Then, aku pon try la pegi. First time pegi, time tu malam, ramai gila orang. Yang tengah menunggu turn pon ramai. Aku da kebulur tahap dewa, tak mampu nak menunggu. So, blah. Next time pegi, siang, still ramai. Tapi dah nekad nak try jugak. So, tunggu je la. Nasib baik tak lama.

 So, ni menu dia. Sikit je baru. By the way, dessert dia sume Dr. Fazley yang buat.

Memandangkan menu dia tak seberapa, and aku pulak memang tak minum air gas, we go for ice lemon tea je.

Incek BF go for chicken. Aku tak ingat la ni chicken milanese ke chicken cordon bleu ntah. Rasa dia sedap. Tapi, minyak memang boleh perah. Boipren aku memang pantang gila makanan minyak bertakung ni. Sikit je dia makan. Pastu tak mau da.

Aku cam biasa la, mesti akan pilih pasta. Ni carbonara. Sedap! Tapi aku wonder jugak la, kenapa dia bagi garfu dengan pisau untuk aku yang makan pasta ni. Sampai ke sudah, memang tak datang-datang pon sudu nya.

Konsep makanan kat sini, dia letak dalam bekas pakai buang. Macam air tu, dia letak dalam cawan plastik yang kita slalu beli air singgit kat pasar malam tu. And untuk makanan, dia letak dalam kotak. Ehm macam tak sayang nature je cani.

As a conclusion, not bad la makanan kat sini. Dessert dia aku tak sempat nak try. So, apa kata korang try and buat review pulak.



The Sumbs
Blok 7, Persiaran Alami,
Pusat Perniagaan Worldwide,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor

Business hours :
Sat - Wed :12 pm - 11 pm
Thu : 12 pm - 7 pm
Closed on Friday










_________________________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Camo Loose Top
Size : Free size
Price : RM 30

Whatsapp/sms 0126449152 to order.



Saturday, April 5, 2014

Food Review : The Burger Factory

Aritu tetiba teringin makan burger. Selalu pegi 15, tak penah try pon nak makan kat sini. Parking susah. Tapi aritu, tak dulik, parking jauh pun tetap nak pegi jugak.

Nothing much to say pasal interior dia. Biasa je. So, kita terus jump dekat food dia, ok? Aku nampak kat menu ada teh. So, dengan poyo nya order vanilla tea. Bajet ice tea la. Japgi air panas. Incek BF cakap aku buang tebiat minom air panas tengah-tengah panas. Padahal salah order. -____-" Incek BF order soft drink. Soft drink ni boleh refill tau.

Servis ok la. Tak cepat sangat. Tak lembab sangat. Just nice. Tadaaa! Burger dah sampai.

Incek BF surely akan amek beef burger. Ni set tau. Ada sekali dengan fries. Ni sedap.

Ni aku punya. Seafood. Sedappp!

As a conclusion, burger kat sini best. Sape yang gemar makan burger tu, should try burger kat sini. Berbaloi. Besar. Sedap.



The Burger Factory

(1) No. 29, Jalan Anggerik Vanilla AB31/AB,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam

(2) A13, Jalan SS15/4D,
Subang Jaya,
47500 Petaling Jaya

(3) R-10, Central Piazza,
No. 2, Jalan PJU 1A/7A,
Oasis Square, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya

Business hours :
12 pm - 12 am daily










__________________________________________________

HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Flowery Blazer
Size : Free size (fit until L)
Price : RM 40



Monday, March 24, 2014

Food Review : The Street Cafe

Aritu aku lalu kat SS 15, ada ternampak 1 kedai makanan Korea ni. Tiba-tiba rasa nak makan makanan Korea. Lalu beberapa hari kemudian, aku ajak incek BF datang makan kat kedai ni.

Kita terus kepada makanan ok? Sebab tade ape nak diceritakan sangat pasal interior kedai ni. Biasa je and a bit sempit. So, air aku order cold green tea and incek BF go for mango lassi. Dap dap.

Ni aku punya. Cheese Raboki. Sedap gilaaa. And portion dia banyak. Tak abeh pon aku makan. Cheese atas tu tebal. Sedapnya... Telain air liur aku menaip ni.

Ni incek BF punya. Korean Ramen. Rasa dia, biasa-biasa je. Macam rasa maggi.

Ni salah satu punca kenapa aku tak dapat nak abeskan main menu aku. Pegi gatal order side dish. Nasib baik sedap.

Incek BF pon amek side dish jugak. Ni chicken stix. Sedappp! Rasa macam nak ajak incek BF pegi lagi la minggu ni. Hehe.



The Street Cafe
(1) No. 28, Jalan SS 15/8,
Subang Jaya,
47500 Petaling,
Kuala Lumpur

(2) Lot 197 Asian Avenue,
F Floor,
Sunway Pyramid

Business hours :
11 am - 11 pm everyday










_____________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : LIRSA sweater
Size : Free size (fit until L)
Price : RM 35

Whatsapp/sms 0126449152 to order.



Monday, March 17, 2014

Food review : Meteora Cafe


Tak tak. Ini bukan Linkin Park punya cafe ok. Nama dia je sama macam album Linkin Park dulu tu.


Internal deco, standard style cafe sekarang. Ada lil bit wall painting, a lil bit cartoon poster and frame, bla bla bla...

Dari pemerhatian aku, cafe ni memang dibina untuk orang melepak lama-lama. Sebab ade satu gobok, dia letak banyak board game, magazines and a few toys.

Macam sekumpulan kanak-kanak kat belakang incek BF tu, masa aku datang, dorang da siap makan da pon, sampai aku balik pon dorang still kat situ lagi. Main Monopoli.

Props untuk photo booth pon ade jugak.

 Incek BF go for Cranberry juice and me go for ayaq kosong jaa.

This is incek BF's sloppy burger. Sedap gila katanya.

Macam biasa, I will always go for pasta. Maybe hakikatnya pasta ni sedap. Maybe nasib aku tak baik on that day sebab ayam yang dia guna dalam pasta ni rasa macam ayam yang dah lama. A lil berbau. So, aku memang tak boleh nak telan pon.

Banyak review yang aku tengok pasal cafe ni kata churros dorang terbaik. So, haruslah try. Yes. Memang best. Salted caramel tu, ahhh~ Sedapnya. Ada jugak lagi flavor lain untuk dip dia ni. Tapi salted caramel ni suggested la. Memang sedap. Tak rugi try.

Masa jalan nak pegi kereta, perasan ada sekor burung hantu memanggil-manggil ajak snap gamba kat tepi kedai tu. So, stop la kejap. Selfie dengan this owl.



Meteora Cafe
No. 54, Jalan USJ 9/5P,
47620 Batu Tiga,
Selangor









__________________________________________________________________
HEARTBEAT PROJECT PROMO!


Item : Plain dress
Size : Free size (fit until M)
Price : RM 30

Whatsapp/sms 0126449152 to order.